Home / Bola Sepak / Kejohanan Piala Global 2019 : Malaysia Warrior muncul juara

Kejohanan Piala Global 2019 : Malaysia Warrior muncul juara

Kejayaan wakil B12 Tahun negara Malaysia Warrior menjuarai Kejohanan Piala Global 2019 di Jepun menjadi hadiah istimewa buat seluruh rakyat Malaysia bersempena Hari Malaysia.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Latihan Bola Sepak J Green Sakai Osaka Malaaysia Warrior melakar kemenangan dua kosong keatas kelab Jepun Ventforet Kofu.

Terdahulu Malaysia Warrior menewaskan pasukan dari Kelab Cerezo Osaka 2-1, pada saingan suku Akhir dan menewaskan pasukan dari India, RFYU pada saingan Separuh Akhir dengan jaringan 1-0.

Sementara itu, sebuah lagi pasukan negara Malaysia Tiger menamatkan saingan pada tempat ke 13 daripada 24 pasukan yang mengambil bahagian.

Penyertaan pasukan negara ke kejohanan ini adalah atas tajaan Yakult Malaysia dimana 24 pasukan keseluruhan daripada empat negara iaitu Jepun, Malaysia, Thailand dan India mengambil bahagian pada edisi kali ini.