Home / Hoki / KEJOHANAN HOKI TNB-KHM B14 : PERAK DAN JOHOR BAKAL TENTUKAN JUARA ; SELANGOR RAIH TANGGA KETUJUH

KEJOHANAN HOKI TNB-KHM B14 : PERAK DAN JOHOR BAKAL TENTUKAN JUARA ; SELANGOR RAIH TANGGA KETUJUH

Kejohanan hoki TNB-KHM B14 semakin hampir ke kemuncaknya ketika penentuan juara bakal menemukan Perak dan Johor selepas kedua-dua pasukan bergelar juara kumpulan masing-masing.

Bagi perebutan tempat ke-7 pula menyaksikan Selangor menumpaskan Melaka dengan keputusan 2-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pada suku pertama permainan perlahan disebabkan corak permainan berhati-hati yang ditampilkan kedua-dua pasukan.

Selangor ternyata banyak mendominasi perlawanan selepas itu dengan mencipta banyak peluang tetapi gagal menyempurnakannya.

Melaka pula lebih bernasib baik diselamatkan dengan kekebalan pertahanan menafikan percubaan lawan.

Kebuntuan gol akhirnya terlerai pada minit ke-51 apabila Muhd Zulhaikal Anuar meledakkan jaringan yang ditunggu-tunggu Selangor.

Hasrat Melaka untuk menjelmakan kebangkitan terpadam apabila bolos kali kedua pada hujung permainan menerusi pukulan padang Mohd Izzat Mohd Isa memastikan tempat ketujuh menjadi milik Selangor.

Kejuaraan TBN-KHM B14 menggunakan format khas tiga kumpulan dan dua pemenang di peringkat kedua akan bertarung bagi penentuan juara di gelanggang sama hari ini jam 6.00 petang.