Home / Hoki / Kejohanan Hoki Piala Tun Razak 2019 : Negeri Sembilan catat kemenangan kedua untuk menghuni tangga teratas

Kejohanan Hoki Piala Tun Razak 2019 : Negeri Sembilan catat kemenangan kedua untuk menghuni tangga teratas

Aksi perlawanan Divisyen Dua Kejohanan Hoki Piala Tun Razak 2019 menyaksikan Negeri Sembilan, Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraih tiga mata dalam perlawanan kedua.

Dalam perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan, Negeri Sembilan tidak menunggu lama bagi mendahului jaringan pada minit ke-4 menerusi gol padang Aiman Hakim Badrul Hisham.

Aiman Hakim menambah jaringan seminit kemudian membolehkan Negeri Sembilan mendahului 2-0.

Kelantan berusaha untuk membolosi gawang Negeri Sembilan namun cubaan mereka dapat ditepis Negeri Sembilan.

Memasuki suku keempat Negeri Sembilan menjarakkan jurang dengan gol ketiga hasil gol padang Syahmi Irfan Suhaimi pada minit ke-59 dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan sekaligus meletakkan Negeri Sembilan menghuni tangga teratas setakat ini.