Home / Hoki / Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 : Kebangkitan India buat Malaysia gigit jari

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 : Kebangkitan India buat Malaysia gigit jari

Skuad negara gagal menyekat kebangkitan India apabila terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 pada aksi pembukaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi 2019.

Kelebihan 2-0 yang dicipta pada suku pertama gagal dipertahankan skuad kendalian Nur Saiful Zaini Nasirudin menyaksikan Malaysia berputih mata gagal meraih sebarang mata.

Aksi pembukaan di Stadium Hoki Taman Daya berlangsung sengit sejak awal lagi. Malaaysia bermula baik apabila mencipta jaringan pembukaan melalui Muhammad Shafiq Hassan pada minit ke-8.

Seminit berselang Malaysia menggandakan jaringan kali ini hasil gol sudut penalti Muhamad Hafizi Zainuddin untuk kedudukan semasa 2-0.

Bersambung suku kedua kebangkitan dipamerkan India yang merapatkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Rahul Rajbhar pada minit ke-19.

Kedudukan kembali seimbang selepas Pratap Lakra menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-33.

Enam minit berselang giliran India pula didepan selepas Shilanand Lakra menjaringkan gol sudut penalti.

India terus ceria mencipta kebangkitan sensasi apabila Uttam Singh melengkapkan kemenangan 4-2 hasil gol padang di penghujung permainan.

Sementara itu perlawanan kedua menyaksikan Australia lega mengatasi Jepun menerusi kemenangan 2-1.