Home / Hoki / Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 disertai pasukan remaja terbaik dunia

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 disertai pasukan remaja terbaik dunia

Enam pasukan remaja dunia berentap dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 edisi ke-9 yang sedang berlangsung 12-19 Oktober di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru.

Selain kemampuan pasukan negara sekali lagi menjadi taruhan tumpuan juga terarah kepada juara bertahan Great Britain yang sekali lagi hadir untuk mempertahankan kejuaraan.

Skuad remaja kebangsaan dibawah kendalian Nur Saiful Zaini sekali lagi bakal menghadapi cabaran lima pasukan ternama dunia seperti Great Britain, New Zealand, Jepun dan India.

Dalam pada itu Presiden Persatuan Hoki Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar mengakui kondisi padang di Stadium Hoki Taman Daya kurang memuaskan kerana pergerakkan bola tidak lancar.

Penganjur memberi jaminan kondisi padang berkenaan adalah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).