Home / Hoki / Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 : Malaysia sasarkan berada dalam kedudukan dua pasukan terbaik

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2019 : Malaysia sasarkan berada dalam kedudukan dua pasukan terbaik

Kegagalan selama lapan tahun menjejakkan kaki ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor, skuad hoki remaja kebangsaan yang pernah menjulang kejuaraan pada 2011 tampil melaungkan keyakinan mahu menamatkan kempen selaku dua pasukan terbaik pada edisi ke-9 tahun ini.

Saingan akan bermula 12 Oktober dengan skuad kendalian Nur Saiful Zaini akan memulakan kempen berdepan juara dua kali India.

Nur Saiful Zaini mengekalkan kesemua 22 pemain edisi lalu dan optimis pasukannya kini berada di tahap yang lebih baik untuk memberikan cabaran.

Apatah lagi Malaysia mempertaruhkan dua tonggak yang beraksi bersama pasukan senior. Bagaimanapun pasukan yang beraksi kali ini bukan calang-calang termasuk pernampilan juara bertahan Great Britain.

Ini memaksa pendekatan yang lebih efisien dari segi taktikal bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Edisi lalu Malaysia nyata lesu selepas tewas kepada India dan Australia serta hanya mampu seri menentang New Zealand dan ianya nyata pengalaman yang tidak mahu lagi diulangi pada kempen kali ini.

Kejohanan ini juga merupakan salah satu persiapan menuju ke pusingan kelayakan Piala Dunia yang akan diadakan di Bangladesh tahun depan.