Home / Hoki / KEJOHANAN HOKI PIALA RAZAK: TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN TEMPAH TIKET KE PERLAWANAN AKHIR

KEJOHANAN HOKI PIALA RAZAK: TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN TEMPAH TIKET KE PERLAWANAN AKHIR

Terengganu menempah tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Razak selepas mengatasi Pahang di peringkat separuh akhir.

Kebangkitan yang cuba dipamerkan Pahang tidak menjadi kenyataan apabila terpaksa akur dengan kekalahan 4-3.

Pada aksi final Terengganu akan bertemu pemenang diantara Kuala Lumpur dan Perak dalam perlawanan yang sedang berlangsung.

Perlawanan diantara Terengganu dan Pahang bermula sengit sejak awal permainan dengan Pahang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol padang oleh Mohd Norfirdaus Rosli pada minit ke-3.

Kedudukan kembali seimbang dua minit kemudian selepas Mohd Fitri Saari menyamakan kedudukan buat Terengganu.

Fitri terus mempamerkan ketajaman apabila meledak gol kedua peribadi pada minit ke-6 untuk membolehkan Terengganu di depan.

Pada minit ke-20 suku kedua giliran Faizal Saari mencipta jaringan dengan Terengganu terus selesa mendahului 3-1.

Memasuki suku ketiga Pahang kembali mengimbangi permainan dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Kedudukan menjadi 3-2 pada suku keempat setelah Pahang menjaringkan gol menerusi Mohd Idris Samad berjaya menjaring gol sudut penalti.

Namun baki tiga minit terakhir tindakan Pahang mengeluarkan penjaga gol untuk bermain secara power play memakan diri apabila Faizal Saari berjaya menjadikan kedudukan 4-2.

Walaupun sempat menambah satu lagi gol menerusi jaringan sudut penalti usaha Pahang untuk mengikat permainan tidak kesampaian sebaliknya Terengganu layak ke perlawanan akhir dengan kemenangan 4-3.

Pada saingan wanita Selangor menghampiri misi mempertahankan kejuaraan apabila mara ke perlawanan akhir dengan menewaskan Kuala Lumpur 4-0.

Manakala dalam satu perlawanan yang membabitkan kumpulan X peluang masih terbuka buat semua pasukan untuk ke final apabila Pulau Pinang bangkit mencipta kemenangan pertama menundukkan Negeri Sembilan 5-1.

Pulau Pinang tambil dengan aksi yang meyakinkan berbanding ketika mereka tewas kepada Pahang pada aksi pertama kumpulan X.

Seri tanpa jaringan pada suku pertama meraih gol pertama pada minit ke-16 suku kedua menerusi jaringan padang Rabiatul Adawiyah Azhar.

Pulau Pinang tidak mengambil masa lama untuk menggandakan jaringan kepada 2-0 menerusi Siti Noratikah Sheikh Maznan hasil gol padang pada minit ke-28.

Bersambung suku ketiga Pulau Pinang terus menambah derita lawan menerusi tambahan dua gol.

Ia bermula dengan pukul sudut penalti Siti Norarfah Mohd Noor pada minit ke-34 dan Alisya Urisya Badri mencetak nama sebagai penjaring untuk Pulau Pinang mendahului 4-0 enam minit bersilang.

Berakhir di suku terakhir Rabiatul Adawaiyan menjaringkan gol kedua peribadinya hasil gol padang minit ke-32 sebelum Negeri Sembilan meraih jaringan sagu hati di hujung perlawanan menerusi sudut penalti Nordisana Mohd Zaidi.

Pulau Pinang dijangka akan bertemu pemenang diantara Pahang dan Negeri pada hari Jumaat.