Home / Hoki / Kejohanan Hoki Dalam Dewan Wanita Piala Tuanku Zara 2019 : Malaysia berentap menentang Uzbekistan di final

Kejohanan Hoki Dalam Dewan Wanita Piala Tuanku Zara 2019 : Malaysia berentap menentang Uzbekistan di final

Malaysia mara ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Dalam Dewan Wanita Piala Tuanku Zara selepas melengkapkan aksi dengan empat kemenangan berturut-turut dengan mengakhiri pusingan awal dengan membelasah Nepal 13-0 selepas perlawanan sebelah pagi menundukkan Uzbekistan 2-0.

Dewan Jubli Merdeka di Kuala Kangsar kembali dengan sorakan penyokong negara apabila skuad bimbingan Mohd Dharma Raj Abdullah turut beraksi untuk perlawanan ketiga.

Berdepan Uzbekistan Malaysia membuka jaringan seawal minit ke-6 menerusi Noraishah Yaakob.

Uzbekistan nyata tidak mengalah apabila mula memberi saingan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Selepas rehat perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Namun Malaysia lebih bijak menggunakan peluang yang terhidang apabila Noraishah sekali lagi meledak jaringan kedua peribadinya menumpaskan penjaga gol Uzbekistan tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Dengan empat kemenangan menewaskan Filipina 12-0, Taiwan 5-1, Uzbekistan 2-0 dan Nepal 13-0, Malaysia sekali lagi bakal menentang Uzbekistan untuk penentuan juara.Manakala Taiwan dan Filipina berentap untuk merebut tempat ketiga.