Home / Bola Sepak / KEJOHANAN EMFL HASIL KERJASAMA MFL DAN ELECTRONIC ARTS

KEJOHANAN EMFL HASIL KERJASAMA MFL DAN ELECTRONIC ARTS

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan kerjasama dengan penerbit siri permainan FIFA Electronic Arts (EA Sport) dalam usaha bersama mewujudkan E-Malaysian Football League (EMFL).

Ini sekaligus bagi menganjurkan E-Sukan Liga Bola Sepak Elektronik rasmi di Malaysia.

Matlamat kerjasama antara kedua-dua pihak ini adalah untuk menyediakan platform untuk pemain terbaik FIFA20 Malaysia selain meningkatkan karier pemain pada kejohanan E-Sukan bola sepak elektronik peringkat tertinggi.

Menurut ketua pegawai eksekutif MFL Datuk Abdul Ghani Hassan kejohanan EMFL ini bukan sahaja menaikkan nilai komersial FIFA dalam sukan elektronik di negara, malah generasi muda kini memiliki pilihan untuk menjadi jaguh permainan konsol itu secara profesional.

Tambahnya EMFL akan menjadi liga kedua di Asia bekerkasama dengan Electronic Arts untuk menganjurkan Liga E-Sukan selepas Piala EMBS Arab Saudi.

Siang tadi berlangsung majlis undian EMFL yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 10 Julai 2020 yang dimainkan menerusi platform Playstation 4 menggunakan FIFA2020.

Dua kelab terpilih dari CIMB Liga Super MFL yang diwakili pemain-pemain yang berjaya di peringkat kelayakan sebelum ini.

Perlawanan EMFL akan disiarkan secara langsung menerusi laman facebook EMFL bermula jam 8.45 malam pada setiap hari perlawanan.