Home / Lain - Lain / KEJOHANAN DALAMAN PENTING BUAT SKUAD BOLING PADANG NEGARA

KEJOHANAN DALAMAN PENTING BUAT SKUAD BOLING PADANG NEGARA

Penularan pandemik Covid-19 tidak menghalang skuad boling padang negara menganjurkan siri jelajah secara tertutup bagi mengekalkan prestasi pemain.

Menurut ketua jurulatih kebangsaan Zuraidi Puteh kejohanan dalaman ini penting untuk memantapkan keserasian pasukan sebagai persiapan bagi dua utama yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan.

Kejohanan tersebut adalah kejohanan Asia di Hainan China dan Kejohanan Dunia di Gold Coast Australia.

Selain dua siri di Kuala Lumpur skuad boling padang negara akan menjelajah ke Terengganu (Oktober) diikuti Perak (November) dan siri terakhir di Pulau Langkawi (Disember).

Pada edisi kedua di Bukit Kiara pasukan Asia Bowl berjaya mengatasi World Bowl dengan keputusan 5-3.

Antara pemain negara yang membarisi Asia Bowl adalah Zuraini Khalid, Nurhashimah Ismail dan Mohd Hizli Rais.