Home / Golf / Kejohanan Champion of Champion pembuka tirai 2016

Kejohanan Champion of Champion pembuka tirai 2016

KPGCC Golf Committee Chairman Ng Say Hoe bersama 'Golfer of the Year 2015' Willie Lim

KPGCC Golf Committee Chairman Ng Say Hoe bersama ‘Golfer of the Year 2015’ Willie Lim

SHAH ALAM 14 Januari 2016 : Kelab golf Kota Permai, antara kelab golf yang terkemuka di negara ini memulakan tahun baru 2016 dengan menganjurkan Kejohanan Golf ‘Champion of Champion’ dan Plate Medal yang disertai oleh 120 orang peserta di lapangan yang pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij sepanjang tahun 2015 yang lalu.

Kejohanan yang berlangsung pada 10 Januari yang lalu berlandaskan sistem ‘Strokeplay’, menyaksikan Chan Thean Siang, handikap 2, mengumpul 70markah untuk merangkul gelaran Champion of Champions manakala Ainul Hasri Shah, handikap 1o, mengumpul 69markah berada di tempat kedua.

Sementara itu, Willie Lim, handikap 3, yang mengumpul 56markah, dinobatkan sebagai ‘Golfer of the Year 2015’ untuk tahun kedua berturut-turut.

KPGCC Golf Committee Chairman Ng Say Hoe bersama pemenang Champion of Champions - Chang Thean Siang

KPGCC Golf Committee Chairman Ng Say Hoe bersama pemenang Champion of Champions – Chang Thean Siang

Dengan meletakkan sasaran untuk mengekalkan setiap anugerah yang diterima pada tahun 2015 yang lalu, pengurusan Kelab Golf Kota Permai berjanji akan terus komited dengan memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik serta berusaha untuk terus menjadikan Kelab Golf Kota Permai antara lapangan golf yang terbaik di negara ini.