Home / Bola Sepak / KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA AFF SUZUKI 2020 DITUNDA KE DISEMBER 2021

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA AFF SUZUKI 2020 DITUNDA KE DISEMBER 2021

Kejohanan sukan antarabangsa ditunda susulan pandemik Covid-19 kali ini membabitkan kejohanan berprestij Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Piala Suzuki 2020 yang asalnya dijadualkan pada November 2020.

Menerusi kenyataan media AFF Presiden AFF Majer Janeral Sameth memaklumkan penjadual semula pertandingan disebabkan keutamaan AFF terhadapa keselamatan dan kesihatan semua ketika situasi Covid-19 masih pada tahap membimbangkan bukan saja di rantau Asia malahan di seluruh dunia.

Perkembangan penyediaan vaksin seluruh dunia terhadap vaksin ini perlu diambil kira dimana negara Asean bakal turut mendapat pengagihan.

Mengikut perancangan asal Piala AFF Suzuki sepatutnya berlangsung pada 5 November 2020 sebelum dijadual semula pada April 2021.

Namun mengambilkira jadual padat bola sepak pada 2021 tarikh baharu iaitu 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dilihat masih paling tepat untuk penganjuran Piala Suzuki 2020.

AFF Piala Suzuki menjadi tumpuan bola sepak Asean yang mengumpul pemain-pemain terbaik utama kebangsaan.