Home / Bola Sepak / KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2019 : GELOMBANG FC MUNCUL JUARA

KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2019 : GELOMBANG FC MUNCUL JUARA

Pasukan Gelombang United mempertahankan gelaran juara buat kali ketiga pada Kejohanan Bola Sepak Pantai Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas berjaya menewaskan KLM Soccer dengan keputusan 2-1.

Dalam aksi final yang berlangsung di gelanggang bola sepak pantai UiTM Shah Alam pasukan KLM Soccer terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Mohd Zulfahmi Ismar.

Pasukan kendalian Yahya Mohd Nor kemudian cuba menyamakan kedudukan pada minit ke-8 hasil jaringan Zaharim Yusof.

Memasuki separuh masa ketiga Zaharim sekali lagi menghadiahkan gol buat pasukan untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Gelombang United membawa wang tunai sebanyak RM2000 serta pingat. Manakala KLM Soccer meraih wang tunai RM1000 serta pingat dan tempat ketiga menjadi milik UiTM yang menewaskan pasukan NR dengan keputusan 2-1.

Sementara itu turut berlangsung perlawanan bagi kategori jemputan media yang disertai empat agensi media seperti TV3, NSTP, Karangkraf dan RTM.