Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA TETAP DITERUSKAN MAC NANTI

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA TETAP DITERUSKAN MAC NANTI

Penularan wabak Covid-19 yang mencetuskan kebimbangan dunia terus merencatkan beberapa acara sukan dunia ketika ini termasuklah sukan badminton.Beberapa kejohanan di eropah sudah dibatalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac hingga 5 April nanti masih akan tetap diteruskan memandangkan belum ada perkembangan terbaharu diutarakan pihak BWF.

Di pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri langkah berjaga-jaga terus menjadi keutamaan dengan perkara ini turut dibincangkan secara mendalam pihak pengurusan lebih-lebih lagi selepas China menjadi negara paling awal menghantar senarai nama pemain yang akan turut serta pada saingan Terbuka Malaysia Mac nanti.

Sambutan menggalakkan turut diterima BAM dari segi penjualan tiket selepas ia mula dijual pada 12 Februari lalu.

Dalam pada itu agak berbeza dengan badminton, Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) memaklumkan mereka tidak berdepan sebarang masalah dalam penganjuran kejohanan skuasy berpasukan Asia penghujung Mac nanti.