Home / Badminton / Kejohanan Badminton Remaja Dunia : 4 pemain negara mara ke suku akhir

Kejohanan Badminton Remaja Dunia : 4 pemain negara mara ke suku akhir

Empat pemain negara melangkah ke suku akhir ke Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kazan iaitu beregu campuran Yap Roy King – Gan Jin Err, perseorangan lelaki Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar, serta beregu lelaki Wan Arif Wan Junaidi-Muhamad Haikal Nazri.

Pasangan Yap Roy King – Gan Jin Err melangkah ke suku akhir selepas mengenepikan pasangan Perancis Kenji Lovang – Juliette Moinard 17-21,21-14 dan 21-17 dalam aksi pusingan keempat semalam.

Pilihan keenam kejohanan ini akan bertemu pilihan ketiga dari Thailand dalam menempah tempat ke separuh akhir.

Sementara itu aksi perseorangan lelaki menyaksikan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar menempah tempat ke suku akhir selepas menewaskan Su Li Yang dari Taiwan 13-21, 21-16 dan 21-14 dalam aksi pusingan kelima.

Turut mara Goh Wyman yang menewaskan pemain Hong Kong Jason Gunawan 9-21, 21-19 dan 21-16.

Beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Muhamad Haikal Nazri juga tidak menghampakan mara ke suku akhir selepas menyingkirkan beregu Taiwan Chen Zhi Ray-Cheng Kai Wen 21-18, 21-15.