Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020 DIHADIRI PEMAIN TERBAIK TEMPATAN DAN DUNIA

KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020 DIHADIRI PEMAIN TERBAIK TEMPATAN DAN DUNIA

Kejohanan badminton Masters Malaysia bakal dibanjiri kehadiran pemain terbaik tempatan dan dunia di Axiata Arena Bukit Jalil.

Ia menyaksikan buang julung kalinya Malaysia diberi penghormatan menjadi destinasi pertama dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi saingan bertaraf Super 500.

Bahang kejohanan badminton Masters 2020 yang bermula 7 hingga 12 Januari ini kian terasa.

Persiapan di Axiata Arena Bukit Jalil menyaksikan kerja pemasangan khemah dan gelanggang pertandingan.

Bagaimana pun kaunter tiket di stadium ditutup hari ini namun masih dijual di atas talian.

81 pemain dari 24 negara dijangka akan memulakan sesi latihan dan ujian gelanggang esok sebelum pusingan pertama bermula Selasa ini.

Tumpuan pastinya terarah kepada kehadiran pemain lelaki nombor satu dunia dari Jepun Kento Mamota selain pemenang pingat emas Olimpik 2012 2008 Lin Dan.

Ini kali pertama Malaysia diberi penghormatan menganjurkan Siri Jelajah BWF ini sekaligus menjadikan saingan sengit jaguh ternama dunia dalam misi memperkukuhkan ranking untuk ke Olimpik Tokyo 2020.

Mengimbas saingan Malaysia Masters sejak 2009 pemain negara berjaya merangkul gelaran juara kategori beregu campuran sebanyak dua kali.

Edisi 2012 menerusi gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin diikuti pasangan Lai Pei Jing dan Tan Kein Meng tiga tahun lalu.

Kedua-duanya pasti terus menjadi sandaran kali ini ditambah tiga lagi wakil negara yang lain apabila saingan membuka tirai Selasa ini.

Lima wakil negara beraksi dalam kategori beregu campuran apabila pilihan keenam Chan Peng Soon-Goh Liu Yin merupakan berstatus profesional selebihnya empat lagi bersama pasukan kebangsaan.

Kem Malaysia pasti akan mempertaruhkan kudrat terbaik seperti perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, dan beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Woi Yik. 

Edisi 2019 menyaksikan pemburuan kejuaraan oleh kem negara dipacu skuad beregu lelaki menerusi gandingan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang layak ke final.

Pencapaian dalam edisi lepas agak memberangsangkan apabila Ee Yi-Yew Sin muncul naib juara sementara Goh Jin Wei, Liew Darren, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula mara ke separuh akhir.