Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON KEBANGSAAN B21 BUKTI BAM TIDAK KETANDUSAN BAKAT BARU

KEJOHANAN BADMINTON KEBANGSAAN B21 BUKTI BAM TIDAK KETANDUSAN BAKAT BARU

Saingan Kejohanan Badminton Kebangsaan B21 Celcom Axiata pusingan kedua yang telah berakhir membuktikan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak ketandusan bakat untuk dibentuk sebagai juara masa hadapan.

Ini dibuktikan dengan kejayaan Lee Shun Yang dan Misha Mohd Khairun yang menjuarai kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita yang telah berlangsung di Arena Badminton Ipoh Perak.

Pada perlawanan akhir Lee Shun Yang yang tampil selaku pilihan ketiga kejohanan berjaya mencipta kejutan menentang rakan sepasukannya Kok Jiong Hong yang juga pilihan utama.

Kedua-duanya berentap sengit dalam perlawanan yang berlangsung sehingga ke rubber-set .

Menang set pertama dengan 22-20, Shun Yang bagaimanapun akur dengan kebangkitan Jiong Hong 20-22 di set kedua.

Tetapi Shun Yang kembali lebih bertenaga pada set ketiga untuk menjinakkan Jiong Hong 21-17 dalam perlawanan selama 56 minit.

Manakala dalam acara perseorang wanita juara menjadi milik Misha Mohd Khairul yang juga pilihan kedua kejohanan.

Pada aksi final Myisha ternyata tiada saingan apabila mudah menewaskan pilihan keempat Tan Mir Err dengan keputusan straight set 21-12 dan 21-10 hanya dalam tempuh 24 minit.

Juga tidak ketinggalan merakam kejutan pada pusingan kedua ini adalah dalam penentuan juara beregu lelaki.

Penampilan cemerlang Muhammad Syauqi Mohd Puzi  dan Wong Tien Chi selaku beregu pilihan keempat nyata mampu menindakkan cabaran pilihan juara  Ooi Jhy Dar-Yap Roy King.

Sekalipun diheret dalam perlawanan 3 set, momentum bertenaga Shauki dan Tien Chi sukar digugat lawan untuk menang 21-17, 17-21 dan 21-10.

Bagi acara final beregu wanita menepati ramalan kejuaraan menjadi milik Ng Xi Xuan dan Siow Hao Shan yang juga beraksi dalam perlawanan tiga set.

Namun pilihan pertama ini lebih unggul menundukkan pilihan kedua Low Yeen Yuan – Siow Zi Xuan 21-14, 20-22 dan 21-15.

Bagi acara beregu campuran juara menjadi milik Wong Tien Chi dan Siow Hao Shan yang menewaskan beregu bukan pilihan Ooi Jhy Dar-Go Pei Kee dengan keputusan 21-11 dan 21-16.

Kesemua finalis menerima hadiah wang tunai dan juga medal.