Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON INDONESIA MASTERS 2020 – MALAYSIA TERUS KEMPUNAN

KEJOHANAN BADMINTON INDONESIA MASTERS 2020 – MALAYSIA TERUS KEMPUNAN

Penampilan beregu negara sekadar di peringkat separuh akhir apabila masing-masing akur dengan kekalahan kepada lawan masing-masing.

Tersingkir awal pada saingan Malaysia Masters minggu lalu gandingan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing jelas lebih bertenaga pada saingan di Jakarta.

Bagaimanapun aksi separuh akhir sukar buat Kian Meng – Pei Jing untuk mengimbangi gandingan nombor satu dunia Si Wei Zheng – Ya Qiong Huang
di set pertama dah terus tinggal dengan kedudukan mata 21-15.

Gandingan ini bertahan dengan cukup baik untuk menyerap tekanan di set kedua sebelum gandingan China mendahului set kedua juga dengan 21-15 dalam tempoh 39 minit.

Penampilan Kian Meng – Pei Jing di Jakarta nyata lebih baik berbanding tewas di pusingan awal di Malaysia Masters.

Sementara itu gandingan Aaron Chia – Wooi Yik jelas sukar untuk membalas dendam di Malaysia Masters terhadap pasangan nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon – Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Tampil dengan tentangan sengit aksi di laman sendiri nyata memberi kelebihan buat pasangan Indonesia itu apabila Aaron Chia – Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalah set pertama 18-21.

Cuba bangkit pada set berikutnya Aaron Chia – Wooi Yik bermain agak baik pada awal set kedua.

Walaubagaimanapun mata demi mata berjaya diraih gandingan Indonesia untuk terus mengecewakan kem Malaysia untuk akur dengan kekalahan 18-21 di set kedua.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia terus kempunan untuk meraih gelaran pada kejohanan Masters.