Home / Lain - Lain / Keirin sumbang dua perak buat Malaysia

Keirin sumbang dua perak buat Malaysia

Kem basikal trek negara hilang penguasaan dalam saingan Keirin Elit Lelaki dan Wanita Akhir Asia Tenggara selepas tewas dalam perebutan pingat emas.

Pelumba utama negara Azizulhasni Awang dinafikan pingat emas oleh pelumba Taiwan di garisan penamat.

Berkayuh bersama empat pelumba tempatan dan masing-masing satu wakil Taiwan dan Indonesia dalam saingan elit akhir lelaki, Azizul yang memenangi emas pecut sebelum ini mengambil keputusan untuk menggunakan pecutan baru.

Walaupun berada dalam kedudukan baik dalam perlumbaan wakil negara itu dipintas Kang Shi Peng disaat akhir untuk perebutan emas dan perak.

Dalam kategori wanita elit cabaran negara memburu pingat di bahu Anis Amira Rosidi dan Amalina Shahwati Mohd Adnan selepas Fatehah Mustaffa gagal melayakkan diri.

Kedua-duanya yang berkayuh untuk Yayasan Sime Darby disaingi dua pelumba Hong Kong masing-masing satu dari Indonesia dan Taiwan.

Perlumbaan dimenangi Chrismonica Dwiputri dari Indonesia dengan catatan 11.776s meninggalkan Anis Amira yang berada di tempat kedua untuk meraih perak.

Saingan GP Piala Trek Asia menawarkan mata bagi kelayakan bagi berlumba ke peringkat lebih tinggi iaitu Piala Dunia Trek dijadualkan di Korea Selatan dua bulan lagi.

Pelumba tempatan dijangka turun semula ke Trek Veledrom Malaysia di Nilai bagi kejuaraan kebangsaan bermula Ahad.