Home / Bola Sepak / Kehadiran 75,434 penyokong pembakar semangat Harimau Malaya

Kehadiran 75,434 penyokong pembakar semangat Harimau Malaya

Kehadiran 75,434 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah yang tertinggi dalam memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan sekaligus menjadi penutup terbaik kempen kelayakan bola sepak bagi tahun 2019.

Foto : Sportflex Malaysia

Ini menjadi episod paling manis buat ekor Harimau Malaya yang puas menyaksikan perlawanan epik membenam musuh tradisi Indonesia.

Sokongan padu dari luar padang mengiringi barisan pemain yang nyata tidak memberikan walaupun seinci ruang buat pasukan Indonesia untuk mencipta sebarang peluang.

Foto : Sportflex Malaysia

Semangat yang ditampilkan penyokong Malaysia yang tidak henti-henti bersorak sepanjang 90 minit permainan menguraikan kisah harapan dan keinginan untuk melihat pasukan negara mengungguli perlawanan.

Foto : Adam Ghazali

Meskipun Harimau Malaya sedikit bergelut pada awal permainan namun skuad negara tidak mudah berputus asa untuk memastikan penyokong Malaysia pulang dengan kepuasan.

Foto : Sportflex Malaysia

Lebih bermakna skuad negara berjaya menutup tirai kempen tahun 2019 selain Harimau Malaya kini memenangi 3 daripada 5 perlawanan terakhir dalam Derby Nusantara.

Malaysia memperolehi gol pembukaan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-28 hasil sepakan percuma yang cantik pada jarak 20 meter.

Foto : Adam Ghazali

Pada minit ke-72 Safawi sekali lagi menggegarkan jaring Indonesia hasil gerakan menewaskan pertahanan Indonesia Yanto Basna seterusnya melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan Ridho Muhammad.

Foto : Adam Ghazali

Untuk rekod Harimau Malaya telah mengumpul 9 mata dari 5 perlawanan di tempat kedua kumpulan selepas Vietnam yang mengumpul 11 mata bagi memimpin kumpulan G.