Home / Bola Sepak / Kedah tempah tiket suku akhir Piala Malaysia

Kedah tempah tiket suku akhir Piala Malaysia

13 SEPTEMBER 2019, KUALA TERENGGANU : Kedah berjaya menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia hasil kemenangan yang diperolehi dengan menewaskan Terengganu di Kuala Terengganu.

Jonatan Jesus Bauman meledak gol pertama pasukan Kedah pada minit ke-4. Gol berpunca dari sepakan percuma kapten pasukan Kedah yang berjaya ditanduk oleh Jonathan Bauman untuk menewaskan penjaga gol Terengganu.

Foto : Robi Nordin

Pada minit ke-32 sepakan penalti yang disempurnakan oleh Lee Tuck membolehkan Terengganu merapatkan jurang dengan Kedah menjadikan kedudukan 1-1.

Namun Edgar Bernhardt berjaya menjaringkan gol kedua untuk Kedah pada minit ke-37 untuk menjarakkan jurang jaringan menjadi 1-2. Gol berpunca dari tindakan bijak Bernhardt menyambar bola hantaran daripada Farhan Roslan untuk menewaskan penjaga gol Terengganu Wan Azraie.

Kemasukan pemain gantian TFC Abdul Malik membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Terengganu menyamakan kedudukan menjadi 2-2.

Foto : Robi Nordin

Jaringan lewat perlawanan oleh ketua pasukan Kedah Badrul Bakhtiar meranapkan impian Terengganu sekurang-kurangnya untuk berkongsi satu mata.

Foto : Robi Nordin