
Kedah tundukkan Perak 2-0 sekaligus menjuarai Kejohanan Unity Shield pada pertemuan di Stadium Darul Aman.
Perlawanan ini diilhamkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi mengeratkan hubungan dua pasukan bola sepak di utara tanahair.
Unity Shield ini akan dipertandingkan pada setiap tahun dan Kedah sebagai tuan rumah yang pertama pada tahun ini dan pada tahun depan giliran Perak pula akan mempertandingkan perlawanan Unity Shield ini.
Gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Fernando Rodriguez pada minit ke-68 dan menyusul gol kedua Kedah dijaringkan oleh Syahrul Azwari pada minit ke-76 selepas 2 minit dibawa masuk.


Kedah akan mengadakan siri pra-musim di Thailand bagi menguji kekuatan di sana bersama beberapa kelab liga Thailand yang terpilih.