Home / Bola Sepak / Kedah Juara Liga Perdana 2015

Kedah Juara Liga Perdana 2015

Kedah muncul Juara Liga Perdana 2015.

Kedah muncul Juara Liga Perdana 2015.

BUKIT JALIL 21 Ogos 2015 : Kedah bergelar juara Liga Premier 2015 selepas mudah membelasah DRB HICOM FC 5-1 pada perlawanan terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Bakal mengiringi Kedah naik ke Liga Super 2016 ialah Pulau Pinang yang berjaya muncul naib juara selepas menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

T-Team terpaksa menggigit jari gagal ke Liga Super 2016 apabila turun satu anak tangga dan sekadar menamatkan saingan di tangga ketiga selepas tewas 2-1 kepada Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kemenangan itu membolehkan Kuantan FA kekal di Liga Premier 2016.

PKNS FC pula menamatkan saingan di tempat keempat, slot automatik terakhir ke Piala Malaysia 2015 selepas mudah membenam pasukan yang sudah pun sah tersingkir ke Liga FAM 2016, KL SPA Putrajaya FC 3-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Johor Darul Ta’zim II menduduki tangga kelima dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala Negeri Sembilan di tangga keenam selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dengan kekalahan itu, Kuala Lumpur menamatkan saingan di tangga kedua tercorot dan akan turun ke Liga FAM 2016.

Johor Darul Ta’zim II dan Negeri Sembilan akan beraksi perlawanan playoff Piala Malaysia 2015 menentang dua pasukan tercorot Liga Super, ATM dan Sime Darby FC, Selasa ini.

Dari meja Editor Sukan Malaysia, Tahniah buat pasukan Kedah Darul Aman !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*