Home / Bola Sepak / Kedah elak aib prestasi yo-yo untuk catat kemenangan

Kedah elak aib prestasi yo-yo untuk catat kemenangan

Kedah berjaya menewaskan Melaka United dengan kemenangan 2-1 di halaman sendiri.

Walaubagaimanapun, tuan rumah dikejutkan dengan gol awal oleh pemain Melaka United menerusi Luka Milunovic pada minit ke31.

Kedah bangkit menyamakan kedudukan melalui Kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke60.

Serangan bertali arus Kedah membuahkan hasil apabila kesilapan pemain import Melaka United, Jang Suk Won yang menanduk ke gol sendiri pada minit ke 71.

Kemenangan Kedah di Stadium Darulaman menyaksikan pasukan itu naik ke tangga ketiga Liga Super di belakang Pahang dan JDT.

Foto oleh Khairil Ajhar/ Sukan MalaysiaDotMY