
Kedah mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri dengan menewaskan FELDA United dengan jaringan 4-0 di Alor Star.

Perlawanan menyaksikan skuad baharu Kedah menguasai perlawanan terutama di bahagian tengah dengan sering kali melakukan asakan ke kubu FELDA United.

Gol pembukaan Kedah dijaringkan oleh Zaquan Adha (minit ke-16), Anmar Almubaraki (minit ke-41), Shakir Hamzah (minit ke-53) dan Fazrul Danel (minit ke-74).

Sementara itu, Melaka United berjaya mengikat kemaraan Pahang dengan jaringan 1-1. Gol awal pasukan Pahang dicetak oleh Herold Goulon sehinggalah pasukan Melaka menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti lewat perlawanan daripada Safiq Rahim untuk kedua-dua sekadar berpuashati dengan satu mata di Stadium Hang Jebat.
