Home / Bola Sepak / Kebangkitan dramatik Kedah

Kebangkitan dramatik Kedah

Kedah menampilkan semangat juang tinggi apabila bangkit dua kali mengatasi PKNS FC 3-2 pada aksi kumpulan A di Stadium Darul Aman.

Tuan rumah yang turun dalam misi mencari rentak kemenangan dikejutkan dengan gol pembukaan PKNS FC menerusi jaringan dari pemain import dari Colombia Romel Morales pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua Kedah tidak menunggu lama bagi menyamakan kedudukan 1-1 apabila sepakan percuma Edgar Bernhardt terkena palang sebelum jatuh ke atas garisan gol namun berjaya ditolak masuk oleh Jonathan Bauman pada minit ke-50.

Namun Kedah sekali lagi ketinggalan selepas sepakan percuma Akram Mahinan berjaya ditanduk masuk olej Nicholas Swirad pada minit ke-71 meletakkan PKNS kembali di hadapan 1-2.

Walaupun perlawanan tampak akan memihak pelawat, Kedah yang tidak berputus asa tampil melakukan kebangkitan dramatik pada 6 minit terakhir apabila Jonathan Bauman berjaya menyamakan kedudukan 2-2 semasa buat pasukan Kedah pada minit ke-84.

Ini diikuti dengan gol kemenangan menerusi rembatan Alif Yusof mengegarkan jaring pasukan PKNS untuk meletakkan Kedah kembali mendahului PKNS dengan jaringan 3-2 pada minit ke-90.

Kemenangan ini menyaksikan Kedah mengumpul 7 mata selepas 4 perlawanan dan kekal berada di tangga kedua kumpulan A di belakang Terengganu yang berkelebihan 2 mata.