Home / Bola Sepak / KBS SEDIA BANTU HARIMAU MALAYA DAN SKUAD B23 TAHUN NEGARA

KBS SEDIA BANTU HARIMAU MALAYA DAN SKUAD B23 TAHUN NEGARA

Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu skuad bola sepak kebangsaan untuk mendapatkan kebenaran latihan pusat lebih awal biarpun saingan liga Malaysia masih belum diluluskan untuk disambung semula.

KBS akan menggunakan modus operandi menerusi pendekatan yang sama seperti program Road To Tokyo (RTT) bagi mendapatkan kelulusan khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita mungkin akan menggunakan pendekatan yang sama seperti program RTT. Kami akan meneliti SOP yang telah dipraktikan oleh negara lain setelah berbincang dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)”, ujar Datuk Seri Reezal Naina Merican Naina Merican.

Ketika ini skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mahu mendapatkan kebenaran menjalankan latihan pusat berikutan masa yang suntuk bagi persiapan Piala Dunia dan Piala Asia yang mungkin akan disambung semula Konfederasi Bola Sepak Asia Oktober atau November.

Selain itu skuad B23 tahun negara juga meminta kebenaran sama untuk persediaan ke Kejohanan Piala AFC B19 tahun di Uzbekistan Oktober depan yang juga medan kelayakan Piala Dunia Remaja FIFA B20 pada 20 hingga 21 di Indonesia.