Home / Lain - Lain / KBS PERKENALKAN INISIATIF PRIHATIN SUKAN

KBS PERKENALKAN INISIATIF PRIHATIN SUKAN

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan inisiatif prihatin sukan 2020 dengan peruntukan dana berjumlah RM10 juta kepada persatuan sukan kebangsaan.

Menurut menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican langkah itu diambil bagi membantu penggiat sukan tanahair terutamanya pemegangtaruh yang berdaftar dengan pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Dibawah inisiatif sukan 2020 peruntukan akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RM2 juta sebagai bantuan kepada pengurusan sukan kebangsaan yang berdaftar dibawah PJS.

Keduanya ialah bantuan menjalankan program aktiviti persatuan sukan yang bernilai RM5 juta manakala kategori ketiga melibatkan bantuan bagi program pendigital serta projek penyelidikan dan pembangunan persatuan berjumlah RM3 juta.

Persatuan sukan kebangsaan yang berkelayakan akan menerima bantuan One Off bermula RM5,000.00 sehingga RM10,000.00 dijangka memberi manfaat kepada hampir 200 persatuan sukan kebangsaan di seluruh negara.

Persatuan sukan kebangsaan boleh membuat permohonan dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS dengan tarikh akhir permohonan sehingga 17 Julai depan.