Home / Lain - Lain / KBS OPTIMIS AKTIVITI SUKAN KEMBALI RANCAK 2021

KBS OPTIMIS AKTIVITI SUKAN KEMBALI RANCAK 2021

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjangkakan aktiviti sukan di negara ini akan kembali rancak tahun 2021.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad hKamal berkata pihak kementerian akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk sesetengah aktiviti sukan namun masih tetap berhati-hati dengan penularan Covid-19.

Modul gelembung sukan yang diperkenalkan oleh KBS awal bulan ini akan dijalankan Januari depan dengan percubaan acara sukan permotoran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Namun pergerakan pelumba yang mengambil bahagian dihadkan berdasarkan model gelembung sukan ini.

Mereka tidak boleh keluar di kawasan itu sepanjang tempoh percubaan selain jumlah kehadiran penonton juga terhad.

Penganjuran sukan permotoran ini merupakan satu eksperimen sebelum ia dijalankan terhadap acara sukan yang lain.