Home / Lain - Lain / KBS MUNGKIN MEMPERCEPATKAN PERMOHONAN KEBENARAN LATIHAN KEPADA MKN

KBS MUNGKIN MEMPERCEPATKAN PERMOHONAN KEBENARAN LATIHAN KEPADA MKN

YB Dato’ Sri Reezal Merican – Menteri Belia & Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu mempercepatkan permohonan kebenaran latihan pusat atlet Road To Tokyo kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini selepas 2 daripada 3 lokasi yang dirancang iaitu Akademik Badminton Negara di Bukit Kiara dan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil juga sudah siap sedia dengan kemudahan dan prosedur yang akan digunakan untuk menangkis penyebaran wabak Covid-19.

Langkah ketat akan diambil di segenap kawasan meliputi tempat latihan, bilik rawatan, lojistik, penginapan dan tempat makan.

Kem Pusat Akademik Badminton Negara (ABN) bakal membabitkan sehingga 50 orang termasuk sistem sokongan yang merangkumi pakar dari Institut Sukan Negara, petugas kesihatan dan lain-lain.

Semua tindakan dan langkah yang diambil diharap dapat menyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meluluskan permohonan supaya perancangan latihan bermula 1 Jun dapat direalisasikan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut merancang bagi mempersiapkan pasukan bagi menyertai Piala Thomas dan Piala Uber bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara.

Panggilan kepada pemain berpotensi akan dibuat selepas program Road To Tokyo (RTT) bermula dengan mengikuti garis panduan dan prosedur yang serupa di Akademik Badminton Negara (ABN).

Piala Thomas dan Uber telah dua kali ditangguhkan sebelum ini sehinggalah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) minggu lalu mengumumkan Aarhust Denmark akan melangsungkannya pada 3-10 Oktober depan.