Home / Lain - Lain / KBS MENERIMA KUNJUNGAN MAM DAN SIC

KBS MENERIMA KUNJUNGAN MAM DAN SIC

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengadakan perjumpaan bersama persatuan permotoran malaysia (MAM) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perjumpaan ini bagi membincangkan situasi semasa dan perkembangan industri permotoran.

Pihak MAM dan SIC menerima baik keputusan kerajaan untuk pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa dua yang turut memberi kelonggaran kepada industri permotoran untuk menjalankan sesi latihan dan pengujian jentera termasuk aktiviti trackday.

MAM dan SIC juga memahami walaupun tiada kejohanan sukan dibenarkan pada masa ini.

Namun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dan terbuka pada perbincangan dan perancangan bersama persatuan sukan kebangsaan termasuk MAM dengan harapan untuk melihat industri sukan dapat kembali normal secara beransur-ansur berdasarkan kepada perkembangan dan keadaan semasa dalam tempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang baharu bermula.