Home / Lain - Lain / KBS bakal wujudkan Akademik Sukan Malaysia

KBS bakal wujudkan Akademik Sukan Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan bercadang akan menubuhkan Akademi Sukan Malaysia bagi mengangkat professionalisme bidang sukan sebagai satu industri di negara ini.

Ia akan memberi peluang kepada orang ramai yang mahu berkecimpung dalam industri sukan sebagai kerjaya, untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong yang dipertanggungjawabkan mengetuai proses perbincangan bagi merealisasikan penubuhan akademi tersebut.

Cadangan Akademi Sukan Malaysia ini sebenarnya sedang dalam proses disiapkan kertas kerja dan ia merupakan projek jangka panjang.

Akademi tersebut juga akan bertindak sebagai venue perkongsian ilmu dan pusat perkembangan idea berteraskan industri sukan dengan penganjuran pelbagai seminar dan persidangan.

Dalam pada itu, Sim berkata KBS masih memperhalusi beberapa aspek berkaitan cadangan tersebut termasuk lokasi dan model pembelajaran bakal digunakan.