Home / Lain - Lain / KBS BAKAL SERAHKAN KERTAS KERJA LATIHAN BERPUSAT ROAD TO TOKYO DALAM MASA TERDEKAT KEPADA MKN

KBS BAKAL SERAHKAN KERTAS KERJA LATIHAN BERPUSAT ROAD TO TOKYO DALAM MASA TERDEKAT KEPADA MKN

Kertas kerja bagi latihan berpusat Road To Tokyo (RTT) dijangka hanya akan dihantar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selewat-lewatnya 19 atau 20 Mei ini.

Pemerhati sukan negara Datuk Sieh Kok Chi berpendapat semua pemegangtaruh RTT tidak perlu gusar dengan situasi ini.

Dengan 80% atlet dan pemegangtaruh Road To Tokyo cukup berpengalaman bagi memastikan semua program yang tertunda kembali ke landasan tepat dalam masa singkat.

Beliau berpendapat tanpa latihan berintensiti tinggi selama hampir 3 bulan akibat penularan wabak Covid-19 ketika ini bukanlah situasi genting dan membimbangkan kepada atlet.

Datuk Sieh yang berpengalaman mengendalikan program ke Olimpik semasa berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat tiada perubahan besar dari segi jenis sukan yang disasarkan pingat ke Tokyo 2020 tahun depan.

Sukan seperti badminton, terjun dan basikal trek masih menjadi sandaran utama seperti program Rio 2016 baik atlet dan pegawai cukup berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Sekiranya SOP latihan pusat RTT diluluskan MKN, tiga venue terpilih dikenalpasti sebagai kluster latihan iaitu Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Akademik Badminton Negara Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi.