Home / Lain - Lain / KBS BAKAL PERKENALKAN GELEMBUNG SUKAN ATAU SPORT BUBBLE

KBS BAKAL PERKENALKAN GELEMBUNG SUKAN ATAU SPORT BUBBLE

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan satu model baru yang dinamakan Gelembung Sukan atau Sport Bubble yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Menurut menterinya Datuk Seri Reezal Naina Merican ia membolehkan industri sukan kembali aktif khususnya membabitkan sukan nombor satu negara bola sepak untuk kembali diadakan di negara ini menjelang tahun depan.

Jelas beliau lagi KBS kini di fasa kajian dan memperhalusi perkara itu untuk melihat keberkesanan modul berkenaan bagi jangka masa panjang.

Tambah Datuk Seri Reezal ia telah dilaksana dan berjaya diterapkan di negara luar seperti saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi pihak KBS bagi persidangan Dewan Rakyat.

Jelasnya bola sepak adalah salah satu daripada sukan yang mempunyai pasaran besar kerana setiap perlawanan ditonton hampir 8 juta penonton.