Home / Lain - Lain / KBS AKAN TELITI SOP BAGI SUKAN RENANG DAN TERJUN

KBS AKAN TELITI SOP BAGI SUKAN RENANG DAN TERJUN

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan membuat cadangan hasil input khas sesi libat urut bagi membolehkan acara terjun dan renang kembali menyambung latihan seperti biasa.

Datuk Seri Reezal juga memberi keyakinan kepada penggiat sukan renang bahawa KBS akan membawa usul dan cadangan itu untuk dipertimbangkan pada mesyuarat khas Menteri Menteri mengenai perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Khamis depan.

Antara yang dibincang dan dicadangkan adalah supaya pihak Kerajaan memberi pertimbangan untuk pembukaan kolam secara beransur (gradual).

Ia bermula dengan latihan renang tanpa sentuhan fizikal dan juga membabitkan latihan renang bagi sukan terjun untuk atlet kebangsaan, negeri dan juga untuk perenang kelab dan akademi renang.

Selain Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail, sesi libat urus itu turut dihadiri Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).