Home / Lain - Lain / KBS AKAN KEMUKAN PERMOHONAN KEBENARAN LATIHAN BERPUSAT PADA MAJLIS MESYUARAT MENTERI MENTERI

KBS AKAN KEMUKAN PERMOHONAN KEBENARAN LATIHAN BERPUSAT PADA MAJLIS MESYUARAT MENTERI MENTERI

Kementerian Belia dan Sukan berjanji akan cuba mendapatkan kebenaran latihan secara berpusat yang akan dikemukakan secepat-cepatnya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Jaminan itu diberikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas mengadakan perjumpa bersama 11 persatuan sukan kebangsaan yang juga pemegangtara utama program latihan elit Road To Tokyo (RTT).

Perjumpaan secara maya itu adalah kali pertama diadakan bersama persatuan sukan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Menerusi persidangan video bersama 11 persatuan sukan yang sudah melayakan diri ke Sukan Olimpik Tokyo Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan akan mengemukakan permohonan pada mesyuarat khas menteri-menteri selepas sambutan Aidilfitri bagi membuka latihan berpusat khas.

Sukan yang terlibat adalah badminton, terjun, pelayaran, berbasikal trek, karate, gimnastik, golf, olahraga para, memanah, powerlifting dan bocca.

Apa pun ia tertakluk kepada penyesuaian keadaan pada ketika itu selain perancangan garis panduan (SOP) yang sedang diusahakan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk sukan yang dibenarkan.

Antara yang turut serta dalam perbincangan adalah presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Ketua Pengarah MSN, Ketua Pegawai Eksekutif ISN dan Chief de Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo Datuk Lee Chong Wei.