Home / Hoki / Kami Yakin

Kami Yakin

 

 

Pemain pemain negara yakin mampu cipta kejayaan di Incheon

Pemain pemain negara yakin mampu cipta kejayaan di Incheon

16 September 2014, Bukit Jalil; Janji mempamerkan aksi terbaik. Itu janji yang diberikan oleh Jurulatih skuad Sukan Asia negara dalam majlis penyerahan jersi skuad negara petang tadi. Dalam majlis tersebut, Arul Selvaraj juga memberi jaminan walau apa pun keputusan perlawanan di Sukan Asia 2014 pemain pemain negara tetap akan mempamerkan permainan terbaik dan penuh komitmen.

Arul Selvaraj juga telah mengingatkan kepada semua pemain bahawa tanggung jawab  menyarung jersi negara bukan lah boleh dianggap satu perkara remeh malah apabila jalur gemilang tersemat di dada pemain ia meminta satu komitmen yang bersungguh sungguh ditagih dari setiap pemain. Malah Arul juga telah menyatakan bahawa ketika ini kem negara berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk ke sukan asia.

Gambar oleh : Jeffrizal Abu Jaapar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*