Home / Bola Sepak / KAFA RANGKA PERTEMUAN DENGAN BEKAS PEMAIN BINCANG ISU TUNGGAKAN GAJI

KAFA RANGKA PERTEMUAN DENGAN BEKAS PEMAIN BINCANG ISU TUNGGAKAN GAJI

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merangka pertemuan dengan bekas ketua pasukannya Mohd Badri Radzi bagi membincangkan isu tunggakan gaji.

Menurut bendahari KADA Datuk Wan Rakemi Wan Zahari pihaknya sedang berusaha mencari jalan penyelesaian secepat mungkin dan berharap semoga bekas pemain terbabit bersabar.

Mohd Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya baru-baru ini meluahkan kekecewaan apabila masih belum dihubungi KAFA bagi menyelesaikan tunggakan gajinya yang tertunggak sehingga RM250,000.00 lebih setahun berlarutan.

Selain Piya beberapa bekas Kelantan antaranya Nor Hafiz Zamani Misbah dan Fauzi Roslan menyuarakan perkara yang sama.

KAFA semalam menandatangi kontrak kerjasama dengan Team Red Warrior (TRW Sdn Bhd) di Kubang Kerian.

Pada majlis yang sama KAFA turut memperkenalkan dua syarikat sebagai rakan strategik iaitu Nexy Venture dan Matex Maju Resources yang akan menaja minuman kecergasan dan makanan untuk pasukan Kelantan.