Home / Lain - Lain / Kad kenangan Gold Bar Lagenda Sukan Negara dilancarkan bagi membantu kempen Tabung Yayasan Kebajikan Bekas Atlet (YAKEB)

Kad kenangan Gold Bar Lagenda Sukan Negara dilancarkan bagi membantu kempen Tabung Yayasan Kebajikan Bekas Atlet (YAKEB)

Momentum kempen Tabung Yayasan Kebajikan Bekas Atlet (YAKEB) dilihat semakin rancak dengan inisiatif terbaru iaitu pengeluaran kad kenangan Gold Bar Lagenda Sukan Negara.

Pengeluaran kad kenangan untuk jualan julung kali diwujudkan ini adalah bertujuan mengumpul dana bagi membiayai skim bantuan khas YAKEB.

Kad yang dijual dengan harga RM165 disematkan kepingan emas 0.5 gram ini turut memaparkan gambar lama dan baru tiga bekas atlet negara beserta pencapaian mereka iaitu jaguh bina badan Datuk Malek Nor, lagenda olahraga Datuk M.Rajamani dan pelumba basikal Datuk Ng Joo Ngan.

Usaha terbaru pihak YAKEB ini mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Program ini berkait rapat dengan usaha mengumpul dana untuk membantu mereka yang pernah menyumbang bakti untuk negara.

Bekas atlet taekwando negara Jasmin Nabila Sukardi yang hadir menerima sumbangan tabung YAKEB pada majlis tersebut. Jasmin yang memperolehi pingat gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerima bantuan RM1,500 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Turut menerima sumbangan Allahyarham Mohammad Akmal Baba (tennis), Jainuddin Taib olahraga, mendiang Lee Kok Wah (bola keranjang), A.Ramasamy (olahraga) dan mendiang Lawrence Joseph (hoki).