Home / Lain - Lain / JUMLAH ATLET TERBESAR LATIHAN PUSAT KETIGA BAKAL BERKAMPUNG DI MAJLIS SUKAN NEGARA BERMULA ISNIN

JUMLAH ATLET TERBESAR LATIHAN PUSAT KETIGA BAKAL BERKAMPUNG DI MAJLIS SUKAN NEGARA BERMULA ISNIN

Kem latihan pusat program Road To Tokyo (RTT) di Bukit Jalil akan dibuka pada hari Isnin apabila kumpulan terakhir atlet dalam persediaan Olimpik bakal melaporkan diri.

Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil yang menjadi pengkalan terbesar itu sudah bersedia menghimpunkan 142 atlet dan pegawai sudah bersedia sepenuhnya menerusi proses simulasi dan pembersihan termasuklah nyahkuman yang dijalankan sebanyak empat kali.

Atlet normal dan para yang terlibat adalah dari sukan olahraga, memanah, karate, gimnastik artistik, terjun, renang, tenis berkerusi roda, boccia, ping pong, berbasikal dan powerlifting menyaksikan taburan latihan sekitar.

Kesemuanya akan mengharungi fasa tatacara kuarantin (quarantine base) terlebih dahulu yang mengasingkan mereka dengan orang luar termasuklah pergerakan ke kawasan latihan.

Ujian saringan awal akan dilakukan sebaik melapor diri untuk memastikan bebas dari dari jangkitan Covid-19 sebelum dibenarkan turun ke gelanggang latihan.

Kem pusat yang dirancang dengan teliti dengan mengutamakan keselamatan atlet dan pegawai.

Atlet boleh kembali berlatih dengan program bersesuaian yang telah dirancang demi memastikan mereka berada di tahap terbaik semasa bertanding di Sukan Olimpik Tokyo tahun hadapan.