Home / Lain - Lain / JUFERI,FAIZUL DAN SITI RAHMAH SAHUT CABARAN KEJUARAAN SILAT DUNIA 2020

JUFERI,FAIZUL DAN SITI RAHMAH SAHUT CABARAN KEJUARAAN SILAT DUNIA 2020

Pesilat negara Mohd Juferi, Mohd Faizul dan Siti Rahmah tekad berjuang habis-habisan agar dipilih mewakili Malaysia dalam Kejuaraan Silat Dunia 2020.

Peluang itu pastikan tidak akan disia-siakan mereka ketika Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan yang bakal dijadualkan berlangsung di Kuching Sarawak pada Julai nanti.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi juara pada edisi ke-27 Kejuaraan Silat Dunia 2020 bermula 21-27 Julai depan.

Harapan itu disambut dengan semangat juara dunia Mohd Al Juferi Jamari yang turun dengan misi balas dendam selepas gagal membuat kemenangan hatrik pada edisi lalu di Singapura.

Turut bersemangat Muhammad Faizul M.Nasir walaupun masih dalam proses pemulihan kecederaan di bahagian leher ketika beraksi di Sukan SEA Filipina 2019.

Menurut anak jati Selangor itu keadaannya semakin pulih dan tidak sabar untuk kembali menjalani latihan sekaligus membuktikan kemampuan sebenar.

Sementara itu Siti Rahmah yang telah pun bersama selepas berakhirnya kejuaraan dunia di Singapura dua tahun lalu sanggup kembali semula untuk beraksi kali terakhir di laman sendiri.