Home / Lain - Lain / JOHOR TELAH BERSEDIA SEBAGAI TUAN RUMAH SUKMA 2020

JOHOR TELAH BERSEDIA SEBAGAI TUAN RUMAH SUKMA 2020

Selepas hampir tiga tahun melakukan persiapan tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA 2020 Johor) tidak sabar menanti ketibaan atlet seluruh negara apabila keseluruh kemudahan infrastruktur dwi tahunan menghampiri fasa terakhir untuk disiapkan.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad cukup optimis Johor sudah bersedia menjadi penganjur terbaik.

Tambah Datuk Hasni sebanyak RM168 juta telah dibelanjakan bagi menyiapkan fasiliti berkelas dunia serta menaiktaraf kemudahan sedia ada.

Kini hampir semua kemudahan infrastuktur berkelas dunia telah bersedia menerima kedatangan atlet yang bakal beraksi.

Datuk Hasni telah mengadakan lawatan ke venue Sukma di Kompleks Sukan Johor .

Johor turut menyediakan 9 venue baharu merangkumi stadium olahraga dan ragbi di Mount Austin, Arena Emas Taman Impian Emas bagi acara petanque,boling padang, skuasy serta memanah serta Veledrom Johor yang hampir siap.

Kali terakhir Johor diberi penghormatan menjadi tuan rumah temasya Sukma adalah pada edisi ke-4 tahun 1992.