Home / Golf / Johnson cipta kejutan untuk ungguli hari ke-2

Johnson cipta kejutan untuk ungguli hari ke-2

Aksi Johnson Poh dari Singapura pada hari kedua kejohanan. Gambar oleh Toha Dol / MPI Saujana

Aksi Johnson Poh dari Singapura pada hari kedua kejohanan. Gambar oleh Toha Dol / MPI Saujana

SUBANG, 27 May 2015 : Johnson Poh dari Singapura mencipta kejutan pada hari kedua Kejohanan Golf Amatur MPI-Saujana 2015 edisi kali ke-28, apabila menyamai rekod catatan terbaik di lapangan golf Bunga Raya, Kelab Golf Saujana Subang yang dilakukan oleh Cory Crawford dari Australia pada tahun lalu apabila mencatatkan permainan 67 pukulan, 5 di bawah par seterusnya mendahului saingan dengan catatan keseluruhan 136 pukulan.

Bermula dengan catatan 69 pukulan pada hari pertama kejohanan, Johnson bermain cemerlang untuk mendahului 3 pukulan di belakang pemain negara Daeng Abd Rahman dan pemain Indonesia, Kevin Caesario Akhbar yang masing-masing mencatatkan 139 pukulan keseluruhan, 3 pukulan di belakang pendahulu.

“Pukulan ‘driver’ saya amat baik pada hari ini dan ini memudahkan saya untuk sampai ke green tanpa sebarang masalah. Saya gembira dengan catatan hari ini dan sangat optimis untuk menamatkan kejohanan dengan kejayaan’ – ujar Johnson yang berjaya menghasilkan 7 birdie pada permainan hari kedua.

Daeng Abd Rahman

Daeng Abd Rahman

Wakil negara, Daeng Abg Rahman Abd Aziz percaya sekiranya beliau berjaya mengurangkan kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan pada hari ini, beliau yakin mampu memberi saingan kepada Johnson.

“Saya melakukan beberapa kesilapan dalam di atas ‘green’ yang menyebabkan saya gagal melakukan ‘putting’ dengan baik. Saya akan cuba mengatasi kesilapan ini pada hari esok dan berusaha untuk memberi saingan kepada Johnson’, ujar Daeng ketika ditemui media.

Sementara itu dalam kutipan mata untuk acara berkumpulan, pasukan Malaysia yang diwakili oleh Daeng ABd Rahman dan Amir Nazrin Jailani (MGA Team B) mendahului dengan jumlah 283 mata, diikuti pasukan Singapura yang diwakili oleh Johson Poh dan Marc Ong ditempat kedua  dan pasukan Thailand yang diwakili oleh Sangchai Kaewcharoen dan Sadom KaewKanjana di tempat ketiga.

Keputusan hari ke-2

136 – Johnson Poh (SIN) 69-67

139 – Kevin Caesario Akbar (INA) 70-69; Daeng Abd Rahman Abd Aziz 71-68

143 – Sangchai Kaewcharoen (THA) 72-71

144 – Amir Nazrin Jailani 70-74; Yongxuan Yin (CHN) 71-73

145 – Genki Okada (Saujana) 71-74; Chi Huang (TWN) 72-73

147 –Ryan Wong (SIN) 71-76; Dan Emilio Cruz (PHI) 75-72; Abdul Hadi (SIN) 73-74; Gregory Foo (SIN) 75-72; Tirto Tamardi (INA) 76-71

148 – Marc Ong (SIN) 70-78; Almay Rayhan Yagutah (INA) 74-74

149 – Sadom Kaewkanjana (THA) 71-78; Harrison Endycott (AUS) 73-76

 

 

 

Leave a Reply