Home / Lain - Lain / Jiujitsu kembali disenaraikan ke Sukan SEA Filipina 2019

Jiujitsu kembali disenaraikan ke Sukan SEA Filipina 2019

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kembali menyenaraikan acara Jiujitsu ke temasya Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.

Pengurus Jiujitsu kebangsaan Sharizal Md Sidek mengesahkan perkara itu berkata pihaknya mendapat kebenaran daripada MOM selepas badan induk itu berpuas hati dengan rayuan kedua yang dibuat hujung September lalu.

Sharizal telah mengadakan pertemua dengan Chef de Mission negara Ahmad Faezal Md Ramli dan Nurul Huda Abdullah di Institut Sukan Negara (ISN).

Sebagai rekod ini kali pertama acara Jiujitsu dipertandingkan di pentas Sukan SEA. Malaysia akan menghantar empat atlet iaitu Adam Akashah yang akan beraksi dalam acara bawah 69kg, Damon Soo Yen Pei (bawah 62kg), Casandara Jay Poh Yong (bawah 55kg) dan Lee Ai Jin (bawah 45kg).

Berdasarkan kepada prestasi semasa tuan rumah Filipina merupakan kuasa besar acara Jiujitsu di rantau Asia Tenggara dan Malaysia mensasarkan untuk memenangi sebarang warna pingat dalam keempat-empat acara yang akan disertai nanti.