Home / Badminton / Jin Wei semakin positif pulih dan bebas dari kecederaan

Jin Wei semakin positif pulih dan bebas dari kecederaan

Pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei membawa khabar gembira buat skuad badminton apabila disahkan semakin pulih dari kecederaan.

Pemain itu sudah bersedia dan mula menjalani latihan bagi mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi 2017.

Menurut pengarah Kejurulatihan badminton negara Wong Choon Han dia percaya dengan kebolehan Jin Wei dan yakin atletnya akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Meskipun tidak menyertai latihan intensif seperti dahulu namun Jin Wei menjalani latihan yang sistematik untuk dia mempamerkan perkembangan yang positif.

Jika perlu Jin Wei akan dihantar menyertai mana-mana pertandingan untuk menguji kemampuannya sebelum beraksi di pentas Sukan SEA November ini.

Perkembangan kesihatannya turut dipantau dari masa ke semasa secara terperinci supaya dapat pulih serta mencegah dari kecederaan lain.

Untuk rekod dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur skuad badminton negara hanya meraih satu pingat emas daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan selain lima perak dan 7 gangsa.