Home / Golf Remaja / Jia Hao dan Ashley Chin cemerlang di Kejohanan Golf Remaja Singapura

Jia Hao dan Ashley Chin cemerlang di Kejohanan Golf Remaja Singapura

SINGAPURA, 27 Jun 2019 : Pemain remaja Malaysia, Poon Jia Hao dan Ashley Chin Yeng Ling beraksi cemerlang di Kejohanan Golf Remaja Singapura yang berlangsung di Kelab Golf Keppel, Singapura.

Jia Hao melakukan catatan 78-76 dan 75, 13 di atas par berjaya mengungguli kategori Lelaki Division B dan meraih tempat kedua keseluruhan di belakang pemain remaja dari India, Aryan Roopa Anand.

Ashley yang melakukan penampilan sulung di kejohanan golf remaja antarabangsa ternyata tidak gugup apabila berjaya melakukan catatan 79-73 dan 80, 16 di atas par untuk berada di tempat ke-tiga kategori Wanita Division A.