Home / Golf / Jerebu jejas prestasi pemain di Rahman Putra

Jerebu jejas prestasi pemain di Rahman Putra

SUNGAI BULUH, 13 March 2014 : Cuaca berjerubu yang menyelubungi bandaraya Kuala Lumpur ternyata menjejaskan permainan pemain-pemain golf yang sedang beraksi dalam kejohanan golf PGM CCM Rahman Putra Championship 2014 di Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor.

Kawasan Sungai Buluh yang mencatatkan index API 139 pada bacaan tidak sihat, ternyata memberi kesan kepada  117pemain yang sedang bertarung di pusingan kedua kejohanan pada hari ini.

Pemain Thaliand, Pavit Tangkamolprasert terpaksa menggunakan penutup hidung dan mulut ketika beraksi dalam cuaca berjerebu. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Pemain Thaliand, Pavit Tangkamolprasert terpaksa menggunakan penutup hidung dan mulut ketika beraksi dalam cuaca berjerebu. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Kejohanan golf PGM CCM Rahman Putra Championship 2014 merupakan kejohanan golf di bawah kalendar Jelajah PGM dan Jelajah Pembangunan Asia yang menawarkan wang tunai sebanyak US10,500 kepada juara.

Pemain Singapura, Lam Zhiqun dan pemain Thailand, Pavit Tangkamolprasert mendahului senarai hari kedua apabila masing-masing mencatatkan 6pukulan di bawah Par. Sementara itu pemain Malaysia, Khor Kheng Hwai mendahului senarai pemain terbaik Malaysia apabila mencatatkan 5 pukulan di bawah Par untuk berada di tempat ketiga.

Salah seorang pemain melintasi jambatan di Kelab Golf Rahman Putra dalam cuaca berjerebu sepanjang kejohanan berlangsung. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Salah seorang pemain melintasi jambatan di Kelab Golf Rahman Putra dalam cuaca berjerebu sepanjang kejohanan berlangsung. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Kejohanan golf PGM CCM Rahman Putra Championship 2014 berlangsung dari 12 hingga 15 March 2014.

Keputusan 10 terbaik pusingan kedua:-

1= 138 -6 LAM Zhiqun (SIN) 68 70
1= 138 -6 Pavit TANGKAMOLPRASERT (THA) 68 70
3= 139 -5 KHOR Kheng Hwai (MAS) 69 70
3= 139 -5 Paul HARRIS (USA) 67 72
3= 139 -5 Konosuke NAKAZATO (JPN) 70 69
3= 139 -5 Daniel BRINGOLF (AUS) 68 71
7= 140 -4 Yuzo ICHIKAWA (JPN) 70 70
7= 140 -4 Mohd Iylia JAMIL (MAS) 70 70
7= 140 -4 Mitsuhiko HASHIZUME (JPN) 68 72
7= 140 -4 Rizal AMIN (MAS) 71 69

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*