Home / Golf / JelajahAsia: Gavin Green juara Mercuries Taiwan Masters

JelajahAsia: Gavin Green juara Mercuries Taiwan Masters

Gavin Green bergambar selepas memenangi Kejoahan Golf Mercuries Taiwan Masters. Gambar oleh Arep Kulal / Asian Tour

TAIWAN, 1 October 2017 : Pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green merangkul kejuaraan Jelajah Asia pertama buat dirinya apabila memenangi Kejohanan Golf Jelajah Asia – Mercuries Taiwan Masters di Taiwan Golf & Country Club, Taiwan hari ini.

Catatan -1 dibawah par 71 pada hari terakhir kejohanan dan mengumpul 279 pukulan sudah cukup buat pemain berusia 23 tahun itu untuk memenangi kejohanan dengan dua pukulan mendahului empat pencabar terdekat yang menyaksikan saingan sengit dua kelompok kumpulan terakhir.

Gavin yang sebelum ini meraih tempat kedua sebanyak tiga kali dalam siri Jelajah Asia ternyata puas dengan kemenangan pertama beliau dan menghadiahkan kemenangan tersebut buat Datuk nya yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 20 September lalu, sambil memberitahu mendiang banyak memainkan peranan memberi inspirasi kepadanya bagi mencapai kejayaan dalam sukan berkenaan.

Gavin Green of Malaysia. ©Arep Kulal/AsianTour

“Sebelum ini saya sudah beritahu, ia sesuatu yang bermakna jika saya memenangi kejuaraan ini untuk beliau, dan saya gembira berjaya melakukannya minggu ini” kata Gavin  selepas kejohanan yang membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai AS$160,000 (RM675,736), selain merampas kedudukan teratas dalam kedudukan Order of Merit Jelajah Asia daripada pemain Australia, Scott Hend.

Sementara itu pendahulu hari ketiga, Juvic Pagunsan dari Filipina yang melakukan 74 pukulan, berkongsi di tempat kedua dengan tiga lagi pemain – Adilson Da Silva dari Brazil (69), Scott Vincent dari Zimbabwe (70) dan Keith Horne dari Afrika Selatan (71), dengan catatan tujuh bawah par 281.

Dua lagi pemain Malaysia – Ben Leong dan Nicholas Fung, masing-masing berkongsi di tempat ketujuh dan ke-16, manakala pemain berpengalaman negara, Danny Chia menduduki tempat ke 22 pada kejohanan berkenaan.

KEPUTUSAN:

279 – GAVIN KYLE GREEN (MAS) 67-70-71-71;

281 – Adilson da Silva (BRA) 71-68-73-69, Scott Vincent (ZIM) 69-76-66-70, Keith Horne (RSA) 70-68-72-71, Juvic Pagunsan (PHI) 68-69-70-74;

283 – Danthai Boonma (THA) 68-72-71-72;

285 – Suradit Yongcharoenchai (THA) 68-72-75-70, Gaganjeet Bhullar (IND) 73-73-69-70, Arjun Atwal (IND) 73-71-70-71, BEN LEONG (MAS) 71-69-71-74;

286 – Settee Prakongvech (THA) 65-73-78-70;

287 – Chang Yikeun (KOR) 71-74-72-70, Tirawat Kaewsiribandit (THA) 74-69-73-71, Prom Meesawat (THA) 73-71-71-72;

288 – Lu Chien-soon (TPE) 75-72-69-72;

289 – Lu Wen-teh (TPE) 71-72-73-73, NICHOLAS FUNG (MAS) 70-75-71-73, Antonio Lascuna (PHI) 70-71-73-75;

290 – Liang Wen-chong (CHN) 74-73-72-71, Siddikur Rahman (BAN) 71-73-74-72, S.Chikkarangappa (IND) 70-71-76-73;0

291 – DANNY CHIA (MAS) 71-75-75-70.