Home / Bola Sepak / JDT teruskan dakapan Piala Sumbangsih

JDT teruskan dakapan Piala Sumbangsih

Pemain dan pegawai JDT meraikan kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih
2019 menewaskan Perak menerusi jaringan tunggal Gonzalo Cabrera di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos,Larkin Johor. Gambar oleh :
Emmer Farid / SukanMalaysia

Johor Darul Takzim (JDT) mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali keempat dan seterusnya mengutip 3 mata penuh setelah berjaya menewaskan Perak dalam perlawanan di Stadium Larkin.


Leandro Dos Santos dengan tenang mengawal bola
walaupun diasak oleh Syafiq Ahmad dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2019 di
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos,Larkin Johor. Gambar oleh : Emmer
Farid / SukanMalaysia

JDT dengan gah mempamerkan penguasaan menyeluruh di segenap posisi dengan menguasai perlawanan tatkala Perak cuba bangkit namun gagal mengambil kesempatan diatas peluang yang terhidang.


Kapten Perak Sharul mohd Saad menyekat kemaraan
Syafiq ahmad dari melakukan cubaan dari sebelah kiri pertahanan Perak dalam
perlawanan Piala Sumbangsih 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan
Yunos,Larkin Johor.  Gambar oleh : Emmer Farid / SukanMalaysia

Gol tunggal kemenangan JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke-40 perlawanan dan kedudukan ini kekal sehingga tamat perlawanan.


Penjaga gol perak mengasak keras Gonzalo Gabriel Cabrera
bagi menyelamatkan pintu gawang dibolosi dalam perlawanan Piala Sumbangsih
2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos,Larkin Johor. Gambar oleh :
Emmer Farid / SukanMalaysia

Keputusan lain-lain perlawanan yang melibatkan Liga Super Malaysia 2019 menyaksikan Melaka menewaskan PJ FC 2-1, PKNP dijinakkan oleh Kedah 0-2 manakala tuan rumah Terengganu sekadar berkongsi mata 1-1 bertemu PKNS.