Home / Bola Sepak / JDT terus lebarkan kemaraan

JDT terus lebarkan kemaraan

1 SEPTEMBER 2019, PETALING JAYA : Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan kemenangan dengan menewaskan PJ City FC 2-3 dalam saingan pusingan kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium MBPJ Petaling Jaya.

PJ City FC terlebih dahulu melakukan kejutan menerusi gol awal dijaringkan oleh Bae Beom-geun pada minit ke-10 usia perlawanan.

JDT bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi sepakan percuma cantik dari Safawi Rasid ke penjuru sebelah kiri gawang PJ City FC.

Foto : Zaid Ayid

Syafiq Ahmad kembali meletakkan JDT di hadapan menerusi jaringannya pada minit ke-36 membolehkan JDT mendahului 1-2 hingga tamat tempoh permainan separuh masa pertama.

Foto : Zaid Ayid

Di separuh masa kedua, PJ City berjaya kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Washington Brandao Dos Santos pada minit ke-57.

Foto : Zaid Ayid

Syafiq Ahmad sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-60 bagi mengesahkan kemenangan 2-3 buat JDT menewaskan PJ City FC di Petaling Jaya.

Foto : Zaid Ayid